1952
Sebuah Jawatankuasa telah dilantik bagi menaja dan mentadbir sebuah perpustakaan umum negeri. Mesyuarat perlantikan jawatankuasa telah diadakan di Kelab Pejabat Kerja Raya.
1957
Dalam mesyuarat Majlis Bandaran Alor Setar pada bulan September 1957, Encik Poh Sin Bin iaitu Pegawai Ukur Daerah Kota Setar pada waktu itu mencadangkan agar diwujudkan sebuah perpustakaan di bandar Alor Setar.
1960
Dalam mesyuarat Majlis Bandaran Alor Setar pada bulan September 1957, Encik Poh Sin Bin iaitu Pegawai Ukur Daerah Kota Setar pada waktu itu mencadangkan agar diwujudkan sebuah perpustakaan di bandar Alor Setar.
Pada 24 Februari 1960, Majlis Bandaran Alor Setar dalam mesyuaratnya telah memohon dan berhasil mendapatkan peruntukan sebanyak RM 45,000 dari Kerajaan Negeri untuk menubuhkan sebuah perpustakaan. Bantuan juga telah diterima dari badan-badan sukarela dalam bentuk wang dan buku. Pejabat Penerangan Amerika Syarikat (USIS) dan The British Council turut menyumbangkan bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan tersebut.
1961
1961
Pada 30 September 1961, Perpustakaan Umum Alor Setar yang berkongsi bangunan bersama Muzium Negeri telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.
1972
1972
Pada 28 April 1972, satu Enakmen iaitu Enakmen 7 Tahun 1971 telah diluluskan untuk penubuhan sebuah Perbadanan yang dinamakan Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah dan Enakmen ini dikuatkuasakan pada 1 Januari 1974.
1976
1976
Pada 20 Mei 1976, Warta Kerajaan menerbitkan penguatkuasaan Enakmen tersebut.
1978
1978
Pada 29 Oktober 1978, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah telah berpindah dan memberi perkhidmatan di sebuah bangunan lama di Jalan Kolam Air.
1982
Pada 1 Januari 1982, Perpustakaan telah berpindah ke Kompleks Peruda dengan menyewa sebuah lot perniagaan. Pada 25 April 1982, Bahagian Pentadbiran telah berpindah dan beroperasi di bangunan JKR, Jalan Limbong Kapal.
1985
Pada 1 Mac 1985, Perpustakaan telah berpindah dan memberi perkhidmatan di Tingkat Dua, Bangunan Siong Hin, Jalan Telok Wanjah. Bahagian Pentadbiran masih kekal di Jalan Limbong Kapal.
1988
Pada 4 Ogos 1988, perletakan batu asas bangunan baru PPAK di Jalan Kolam Air telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Tan Sri Dato’ Seri Hj. Osman bin Aroff. Bangunan ini terletak bersebelahan dengan Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) dan Syarikat Telekom Malaysia.
1989
Pada 16 Disember 1989, kerja-kerja pembinaan bangunan dengan keluasan 40,000 kaki persegi yang berharga RM 5 juta telah dimulakan.
1991
Kunci bangunan telah diserahkan oleh pihak JKR kepada PPAK pada 8 Ogos 1991.
1993
Perpustakaan Pusat PPAK telah memberi perkhidmatan kepada orang ramai mulai 2 Januari 1993.
1994
Bangunan Perpustakaan Pusat PPAK telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman pada 8 Februari 1994.
0 comments:
Post a Comment